Thursday, January 30, 2014

Cara Untuk Minat Pada Al-Quran

Assalamualaikum
Al-Quran. Dah khatam? Bagi yang sudah, Alhamdulillah. Istiqamah la baca ulang2 ya. Bukan dah khatam sekali, tak payah baca lagi. Bagi yang belum, sama2 kita doakan kawan2 kita, supaya mula membaca, dan mula mendekatkan diri dengan Al-Quran..


Kalau dulu, mungkin baca sahaja, mengikut hukum dan tajwidnya. Kalau boleh hafal, jadi hafiz & hafizah, Alhamdulillah, lagi bagus. Belajarlah, baca dan ikut sikit2 bacaan mana2 audio bacaan Al-Quran yang ada. Sekarang ni bukan main banyak kemudahan, apps boleh download, dekat website2, pun banyak yang provide Al-Quran ni. Tapi satu eh, 'feel' bila membaca ni, lain rasanya bila baca dekat phone, lain rasanya bila baca dekat laptop, & 'feel' yang paling best adalah bila kita baca dengan memegang Al-Quran tu, dapat bau helaian2 kertas tu..

Sebenarnya aku pasang niat nak baca terjemahan Al-Quran ni masa aku part 1, diploma. 2006. Dan baru sekarang aku dapat laksanakan niat tu. Sedikit demi sedikit.. Benda bila kita tak biasa buat, manakan datang minatnya, kan? Kalau masa baca, tersangkut2, banyak salah hukum tajwid, diri sendiri pun down, " Ah, aku ni dari baca banyak salah, baik aku tak payah baca terus " Itulah, setiapkali nak baca, bila ada banyak salahnya, stop. Lepas tu tak berusik berbulan, bertahun-tahun. Tak istiqamah langsung!

Mulalah, baca sikit2, 5 ayat sehari pun ok, janji baca.. Nasihat pada diri sendiri jugak ni. Kadang2, just baca terjemahan je, eh, cerita sirah2 dalam Al-Quran ni best tahu? Aku ni pulak bukan jenis yang bila baca buku, baca dari muka surat pertama, sampai akhir ikut aturan, aku suka skip2, amik bab2 yang menarik perhatian. 

Kita sekarang ni, pergi mana2 manjang nampak nombor je kan? Mostly membuatkan kita menunggu, am i right? Aku bagi beberapa contoh kat bawah ni. Nak bayar PTPTN, kena tunggu, nak order makan keropok lekor, kena tunggu, nak buat urusan pelbagai kat pejabat post kena tunggu, nak keluarkan duit kat bank nak kena tunggu, lagi2 dalam kereta, masa jalan tengah sesak, tunggu lagi. Asyik tungggguuuuuu je. 

Cerita pasal menunggu ni, memang benda yang paling tak best la kan. Siapa je suka menunggu? Hah, jadi apalah salahnya bukak apps Al-Quran dekat phone tu, baca terjemahan, random mana2 surah pun okay. Tapi nak lagi best, sambil2 tu boleh hafal sekali, kau tengok pada nombor2 giliran, nombor2 resit yang ada tu. Mostly semuanya 4 digit kan? Bahagikan dua 4 digit tu. 2 digit yang pertama, No Surah, 2 digit yang last tu No Ayat. Cubalah. 

Tak terbatas pada nombor2 resit jer, kadang2 tahun kelahiran seseorang pun boleh buat modal. Bila nak wish kat seseorang, katakan birthday dia 25 Mac 1988. Kat situ kau boleh baca surah ke 25, ayat ke 3, dan surah ke 19, ayat ke 88. Dan bila baca terjemahan, kita kena faham, ayat2 dalam Al-Quran ni bersambung2, jadi kat situ ada keinginan untuk tahu apa cerita sebelum, dan apa cerita selepas ayat yang kita pilih tu, kan? 

Dan sekarang, bila tahu tahun dia lahir 1988, automatik dah hafal, surah ke 19, Surah Maryam. Dari situ, kita boleh hafal dah ayat 88  " Dan mereka yang kafir berkata: “(Allah) Ar-Rahman, mempunyai anak.” Tergantung kan? mesti nak baca ayat sebelum n selepas, situlah timbul minat tu. So, bila setiap kali ko jumpa kawan ko yang lahir tahun 1988, kau akan ingat ayat ni. Aku tak sure la korang macamana, tapi aku ada keinginan nak hafal Al-Quran ni (doakan ya). Jadi aku terfikir, mungkin aku boleh mula tahu, faham, dan hafal apa isi kandungannya dahulu. 

Jom tengok sedikit contoh resit2 kat bawah ni.
Meh tengok terjemahan sekali.

[30:13]
Dan makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu-sekutu Allah itu tidak ada satupun daripadanya pemberi syafaat melepaskan mereka (dari azab Allah), padahal mereka berlaku kufur di dunia dahulu dengan sebab makhluk-makhluk yang mereka sekutukan (dengan Allah) itu.

 [13:74] - Surah ke 13, Ar-R'ad ada 43 ayat je, jadi kalau macam tu, boleh cuba 137-4, pun tak ada, sebab Al-Quran ada 114 surah je. Kalau macam ni, terpulang pada diri sendiri lah. Try amek 12:69

[12:69]
Dan semasa mereka masuk mendapatkan Yusuf, ia menempatkan saudara kandungnya (Bunyamin) bersama-samanya, sambil berkata kepadanya:” Akulah saudara engkau Yusuf), oleh itu janganlah engkau berdukacita lagi disebabkan apa yang mereka lakukan”.

takpun boleh amek pukul 17:36 tu
[17:36]
Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.

leklu, ada lagi B.T.B 2209 tuh
[22:09]
Ia membantah sambil memalingkan sebelah badannya dengan sombong angkuh sehingga menghalang dirinya dan orang lain dari jalan ugama Allah; ia akan beroleh kehinaan di dunia, dan Kami akan merasakannya azab yang membakar pada hari kiamat kelak;

Gitu..sambil2 tunggu giliran kopok lekor pun boleh tau sket2 kisah tentang Nabi Yusuf & dan kenyataan masa di akhirat nanti, telinga, mata, hati, dan semua anggota2 badan kita akan ditanya apa yang dilakukan di dunia.. harap tangan yang menaip sekarang ni akan tolong bila kita di akhirat kelak.. satu resit tu dah bermacam2 nombor yang boleh kita buat 'bahan bacaan' sementara menunggu.

Ini apa yang aku dapat kongsikan lah, mungkin korang ada cara yang berbeza. Tapi aku ni bukan jenis yang senang nak hafal, tapi yang penting, kena cuba! Aku namakan kereta aku, Alaq. sebab no plate kereta aku bermula dari 96. Setiap kali tengok kereta, ingat surah Al-Alaq dan isi kandungannya. Okay, itu jerlah, kalau dapat manfaatkan Alhamdulillah, sekadar menulis untuk perkongsian bersama. Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu datang dari diri saya sendiri.

Assalamualaikum.
Post a Comment