Tuesday, January 21, 2014

Kenapa Berhijrah?

Assalamualaikum.
Bagi sesiapa yang pernah baca blog aku ni, terima kasih la ya walau tak ada apa content pun sangat sebenarnya. Semua post yang lama2 semua dah revert to draft. Sebab boleh kata semua yang aku post tu, takde manfaatnya, rasa buang masa, aku baca takde manfaat, korang yang baca ni, lagi la takde manfaat. So, ni baru nak menulis balik. Banyak gak yang nak diperkata sebenarnya, tapi biar aku mulakan dengan Kenapa aku berhijrah.

Bismilillah
Okay, sebelum tu ada satu sifat yang kalau nak 'geng' or nak kawan dengan seseorang tu, atau nak bergaul, nak blend dengan seseorang tu, aku kena tau apa yang orang tu minat, so bila berborak, conversation tu jadi panjang n seronok diperbualkan. Padahal aku tak suka pun benda tu. Nampak fake kan? haha. fake sangat.


Bola sepak? haha. aku ni memang susah sangat nak berkawan. lagi pulak kawan2 lelaki ni dorang kalau tak borak pasal bola, bola lah. Aku bukan peminat bola sepak. pelik agaknya bagi seorang lelaki yang tak minat bola sepak, kot? Tapi pakcik, sedara, kawan2 suka bebenor. Jadi kekadang amek tau jugak la sket2 just nak blend in dengan mereka2 yang berborak pasal bola. Takde la nampak noob sangat kan? Tengok pun bila ada match antara "Big 4" antara MU, Chelsea, Liverpool, Arsenal. dulu la. skang banyak team power2 dah kan. Kalau tengok dengan kawan2 kat mapley, kawan2 pun pelik aku sokong yang mana. Trutfully, aku suka bila goal je. tak kira la team mana. HAHAHA. tapi aku lebih kepada MU la. well, kids. GGMU.



Dota pulak? Ni jugak penyebab aku close dengan bebudak akaun zaman diploma dulu. Kalau takde Dota ni, memang tak de geng la budak akaun rasanya. Niat yang asalnya apa? nak blend in dengan seseorang. Benda ni berhantu weh kalau dah start. macam dadah. jangan mula. nasihat pada budak2 yang duduk hostel la. Sampai sekarang aku main lagi Dota 2 ni. tapi takde team, just for fun, takde terniat pun nak masuk tournament bagai. Sekarang just main casually, bila rasa nak main, main. Kalau dulu, time tak ada pc n internet connection, sanggup pergi cc, RM10 untuk 10jam, yang pelik, kadang2 tak cukup 10 jam tu. Solat tah ke mana, makan tah ke mana, semua berterabut. Bekal nak menghadapi 10jam ni, rokok sekotak, air berkarbonat 2-3 tin. Jadilah. Lega aku dah lepas zaman 'seronok' dengan game ni. Bukan Dota 2 je, kadang game2 lain pun melalaikan, benda2 lagha kan? Haih, nevermind. Semua dah berlalu. 


Ni gambar hiasan ya. WANITA. Okay, sebelum ada yang terfikir aku berubah kerana wanita, itu ada betulnya. Tapi itu DULU. Kata nak blend in kan? So, aku kena buat n ikut apa yang dia suka, betul? Betul, tapi itu DULU jugak. Awek tu suka tengok drama korea, ko tengok drama korea, awek tu berbuat kebaikan, ko buat kebaikan, tapi tu semua sebab kau nak pikat hati dia. So dari situ, niat berhijrah ko nak buat kebaikan tu FAKE. Ko nak perhatian dari dia je. Manusia, siapa je yang tak suka kalau diberi perhatian, kan? Tapi bila (perempuan tu tak suka pada kau), adakah kau akan teruskan berbuat kebaikan? TAKKK. Sebab kau nak penghargaan dari makhluk yang namanya manusia. Kau buat balik perangai lama, even WORSE kadang2. 

Aku tau, ramai tak kira lelaki atau perempuan berubah kerana SESEORANG. Tapi bila seseorang tu pergi, dia akan berubah balik. Banyak awek yang ditinggalkan pakwe2 nya berubah, start pakai tudung n post gambar2nya bertudung, kira nak tunjuk kat ex dia " I'd change, I'm beautiful than before, and you lost me ". Tapi situ dah nampak niat berhijrah tu just nak tunjuk kat ex lama dia, bukan kerana ALLAH.


Aku sengaja amek contoh cerita Syurga Cinta ni. Sesuai sangat dengan apa yang aku katakan kat atas2 tu. Niat lelaki (Awal Ashaari) berubah sebab kawan2 dorang bertaruh untuk pikat perempuan ni (Heliza Helmi). Sebabkan Heliza ni kira awek muslimah, so dia fake, berlakon jadi baik untuk pikat Heliza. Tapi penghujung cerita tu, dia berubah, insaf betul2..

Apa yang aku nak perkatakan, seseorang tu mungkin boleh jadi REASON kita ni berubah. Iman kita ni turun naik. Kadang kita rasa jauh sangat dengan agama, jauh sangat dengan Allah. Kadang ada orang nasihat, tarbiyah pada kita berjuta kali pun, kita buat dek je. Itu orang kata, hidayah belum sampai. Hidayah tu bukan datang dengan sendiri ya, tapi kita kena cari hidayah tu. Pasang niat nak berubah, nak kembali ke jalan Allah, Allah akan permudahkan. Ada orang yang ditimba bencana, kemalangan, baru dia kembali kepada Allah. Mostly semua macam tu kan? Bila susah, baru cari Allah. 

Dan tak nafi, aku memang berniat nak berubah balik. Dan Alhamdulillah Allah permudahkan. Jumpa kawan2 yang baik. Sebenarnya aku dapat sakit, batuk yang agak teruk, masa tu tengah drive dan aku pitam dalam 5-10 saat, tak ingat. Dari lane laju, tau2 aku dah lane paling kiri, sikit lagi nak accident, berlanggar dengan lori. Astaghfirullah! Aku rehat kejap, and secepat mungkin, dalam kepala aku, nak sampai ke rumah. Sampai kat rumah, aku muhasabah diri, kenang dosa-dosa lama, betapa jahilnya diri ni.

Nak berubah slow2, jadi aku mula solat balik, tak kisah lambat atau tak berjemaah, janji cuba untuk tak tinggal. Mula baca Al-Quran balik, tak kisah tersangkut2 atau tak betul hukum dan tajwidnya, janji aku cuba untuk membacanya. Aku mula hadirkan diri pada kuliah maghrib terutamanya. Masjid depan rumah je pun! bukak pintu rumah, Masjid. Bila rasa diri seronok dengan ilmu, tak berhenti rasanya nak timba ilmu. Bila yang wajib dah buat, rasa macam seronok dan tercari2 apa perkara sunat yang kita boleh buat, Aku cuba untuk berpuasa sunat yang aku tak pernah langsung buat. Aku cuba untuk dirikan solat2 sunat yang tak pernah juga aku buat. Seorang sahabat nasihat, tak boleh bergerak seorang diri. Sebab iman kita kadang turun naik, hati manusia itu berbolak balik, perlu ada sokongan. Aku mula sertai usrah. 


Usrah ni apa pulak? Bila kita mula dekatkan diri dengan agama, Subhanallah, Allah permudahkan temukan dengan orang2 yang baik, dan perjalanan menimba ilmu tu makin mudah. Usrah ni sekadar perjumpaan mingguan, bulanan beberapa orang dan bincangkan hal2 berkaitan agama. Mungkin dari hadith, ayat2 Al-Quran, terjemahan, or apa saja. Macam melepak je, tapi melepak dengan ilmu di dalamnya. Seronok! Terima kasih pada yang memperkenalkannya. Aku mula sertai program2 ilmu yang ada pada hujung minggu jika berkesempatan. Aku tonton video2 kuliah yang Subhanallah banyaknya dekat channel2 Youtube yang ada. TV Alhijrah dan Radio iKim mula menjadi saluran kegemaran. Nama2 para ulamak yang tak pernah kenal sekarang menjadi sebutan.


Sehingga ke harini, 21 Januari 2014, hampir 4 bulan dah tu, aku berbangga atas perubahan yang satu ni, berhenti dari menghisap rokok. Bukan senang eh, nak tinggalkan benda yang kita buat selalu. Istiqamah tu penting. Mindset kan diri, tengok gambar kat atas ni. Itu perkara biasa, ada je orang yang akan anggap kita 'bajet bagus' atau sebagainya bila kita nak berubah ni. Halangan tu. Sebab aku pun pernah merasa sedemikian pada kawan2 aku yang berhijrah lebih awal dari aku. Sumpah rasa annoying dengan dorang. Asyik post benda2 keagamaan je. Sampai hidayah menyepak diri sendiri, barulah aku sedar.

Dan Subhanallah, kalau ada yang berkata aku berubah kerana seorang wanita, aku rasa itu bukan lagi menjadi niat yang asalnya. Tetapkan niat, aku berubah kerana Allah. Sebab apa aku berani kata macam tu, sebab bila kenang balik, zaman aku berubah kerana wanita, bila aku kecewa atau ada sengketa dengan wanita tu, aku akan buat balik perangai2 teruk, hisap rokok, dan benda2 tak elok yang lain. Tapi sebaliknya, kalau ada sengketa sekarang ni, tak ada cara lain selain kembali kepada Allah, perlebihkan Dia dari segalanya, dan dia akan permudahkan urusan kita dengan makhluk ciptaanNya. InsyaAllah.

Sekarang ni, dah masuk seminggu aku tak berapa nak sihat. Tapi Alhamdulillah beransur pulih. Sakit tu kafarah dosa, dan kita kena sentiasa muhasabah diri, iaitu merasa tak cukup lagi amalan, bukan berbangga riak yang kita ni dah buat banyak amalam. Bagi seseorang yang ada kesal dengan perbuatan dosanya itu sudah cukup bagus bagi seseorang yang membuat dosa dan tak rasa takut dengan dosa dia tu. Ok dah Asar, Salam Asar.
Post a Comment