Friday, January 24, 2014

Lelaki, Jaga Pandangan

Assalamualaikum.
Terdetik nak tulis sesuatu mengenai pandangan, kak lin (kakak kandung) sekarang rajin juga share ayat2 Al-Quran, terjemahan yang dia belajar di sekolah tempat dia mengajar. Petang tadi, dia share ayat dari Surah An-Nur, ayat ke 30

" Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang2 lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan "


" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya "

Gambar2 google je, semuanya sebenarnya dah terbincang, dah terbentang luas segala perkara dan ilmu2 ni, sama ada kita nak dengan tak nak je nak baca, kan? Ayat 30 tu tak terhenti sampai situ, ada jugak ayat 31 untuk wanita yang jaga pandangan. Ayat 31 perempuan kena bagi perhatian lebih. Tang sekarang ni, nak cerita had lelaki ni, had yang mata keranjang nih.

Subhanallah, susah wei nak jaga pandangan, nak rendahkan pandangan pada sesuatu yang Allah ciptakan khas untuk lelaki, iaitu wanita. Dulu zaman belum akil baligh, tak pernah terfikir langsung satu benda pun berkaitan wanita ni, yang tahu zaman tu, main, main, dan main. Aku ambil ayat yang diperkatakan oleh ustaz yang bagi ceramah maulidur rasul semalam, di tempat aku bekerja. Surah Ali Imran, ayat ke 14.

" Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). "

Memang lelaki, manusia, sifatnya suka pada nafsu, wanita, kebendaan, harta benda. Ini hakikat, akhir zaman ni wanita lebih ramai dari lelaki. Tak kira dalam pengangkutan awam, kelas2 kuliah, program2 ilmiah, kerja2 di pejabat, semuanya wanita yang dominate.

Aku tak kata orang lain, sebab diri sendiri masih lemah dalam hal ni. Bukan senang nak jaga pandangan. Lagi pulak kebelakangan ni selalu join program, seminar2 yang MOSTLY 80% daripadanya perempuan. Tipu kalau hati tak meracau, tipu kalau mata tak nak memandang, sebab tahu, perempuan2 yang hadir tu semua kebanyakannya student, umur 20-an, sekitar umur aku sahaja. Ini satu masalah eh, lagi2 wanita yang berpurdah, MasyaAllah, wanita tu dah tutup seelok2nya, tapi minda lelaki ni yang terbuka seluas2nya, berfikir bagaimana rupanya tanpa purdah tu. Ah, kalau namanya lelaki, bila wanita tu bertudung pun, dah bermain di minda bagaimana rupanya tanpa tudung, kan?

Tapi semua orang boleh berubah kan? :)
Alhamdulillah, bila dalam seminar, tetapkan niat nak belajar, hati akan tumpu pada pelajaran dan apa yang penceramah nak perkatakan, tak ada terlintas pun nak tengok siapa para hadirin yang ada walau seramai mana pun. CUBA sehabis baik dalam menjaga PANDANGAN ni. Walaupun pada KAWAN kau sendiri, kalau dengan memandangnya boleh mendatangkan rasa syahwat.

Dan seringkali aku ingatkan diri sendiri, BERSUSAH sikit je kat dunia ni, ikut apa suruhan, tinggal apa larangan, syurga menanti. Dekat Syurga, tempat untuk BEREHAT. time tu dah tak perlu solat, tak perlu puasa, tak perlu buat perkara2 sunat, tak perlu baca Al-Quran, tak perlu semuanya. Tapi sebelum dapat semua yang TAK PERLU tu, kenalah bersusah payah kat dunia n jaga apa yang sepatutnya. Eh dah Maghrib, Jom jangan lewatkan solat, Salam Maghrib
Post a Comment