Thursday, February 06, 2014

Sahabat, Suratan atau Kebetulan?



Assalamualaikum. Kali ni a bit personal, aku nak bercerita pasal persahabatan. People come and go from your life. Ada yang dah selamat pergi meninggalkan kita (Al-Fatihah) , ada yang selamat mendirikan rumah tangga (Alhamdulillah) , ada yang belajar di luar negara, ada yang berjaya dalam kerjaya dan cita2, macam2. Point aku, orang yang datang dalam hidup kita ni, takkan sama jalannya dengan kita, takkan duduk sebumbung dengan kita, masing2 ada hala tuju sendiri.

Walaupun sedemikian, ada beberapa kawan, SAHABAT yang aku boleh rely on, yang boleh tolong disaat2 perlukan bantuan. Ya, kami bukan jenis yang contact setiap hari, tapi ada masanya, kami cuba catch-up , lepak, just to sharing stories with each other, what currently happen within us. 

Cukuplah Allah bagiku, sebaik2 penolong. Berpegang teguh pada pertolonganNya yang satu. But we are only human, kita tak boleh buat semuanya seorang diri, kita lemah. Dan bila aku perlukan pertolongan, Allah temukan orang2 yang baik, yang sanggup berkorban masa dan tenaga untuk aku sorang yang lemah ni.

Ini Syawal

Haha. Actually, Selasa lepas, after kelas Sirah Nabi Musa dekat iMuslim Shah Alam, patut dah boleh balik dah, around 1030pm, tapi sebab lapar, singgah makan jap. Otw nak balik , kereta rasa macam lain macam, radio on/off, aircond tak rasa, lampu low, ok now i'm panic, pasal tak tau apa2 pasal kereta! haha. Takpe, aku teruskan jugak drive dalam keadaan yang penuh chuak. Sempat inform Syawal, incase kalau engine betul2 mati, i need him. Lagi beberapa traffic light dah nak sampai rumah, engine mati... and tak boleh start.

Bertambah2 panic sebab battery hp dah habis. Tengah highway, tak tau nak buat apa. Perodeh2 kereta, nasib baik ntah macamana, terjumpa power bank yang ada dalam 1 bar, boleh recharge hp. Alhamdulillah! After 5-10 minutes, boleh on hp, but it was extremely low, call Syawal balik, cakap engine mati so i need him to come and see.. tengah2 on call, credit habis! wahahaha!! nasib baik masa tu around 1140pm, sempat guna data plan nak beli topup maybank2u (data plan bakal expired 12am) , and nasib baik jugak sempat beli topup, tak silap after 12 tak boleh buat transaction maybank dah kan? Fuhh, lega. While waiting Syawal come from Shah Alam, sempat call Redzuan & Hasrul to come and help too.

Ini Redzuan

Ini Hasrul

Redzuan & Hasrul come and help too. Ini pengalaman yang kelakar eh, dorang berdua datang naik moto, nasib ada sorang brader yang baik, berhenti kereta and tolong hidupkan engine guna jumper. Turns out, yang rosaknya alternator. Even dapat hidupkan engine, but it keeps died, again and again. Dorang kata just tinggal je dulu, besok baru settlekan. Aku tanak wo tinggalkan kereta, tak jauh je lagi pun dari rumah. Aku cadang nak tolak, dekat jeeeee. Last2 aku ngan Hasrul tolak guna motor je, tow guna kaki masing2. Even dalam keadaan chuak, panik, dengan pk tau duit bakal habis beratus ni, aku mampu tergelak, terkenangkan kesanggupan kawan2 ni yang melayan kerenah aku. Serius terharu. hahahaha :)

Syawal sampai later on, kereta dah siap parking depan rumah. Maybe he's a little bit pissed off :p. Sorry ye Syawal, if you read this, aku takkan lupakan kenangan kau selamatkan phone aku masa part1 diploma dulu hahahahaha. Sampai mati aku kan kenang jasa dan kesanggupan kau tu!

Ini Amir

Amir jauh di Cheras, jadi aku tak bercadang untuk call dia. 3 orang yang datang tolong ni pun dah cukup membantu. Thank You Allah. Sengaja aku includekan Amir dalam post ni, sebab Amir pun one of kawan yang sanggup berkorban. Nak tulis jasa dia, memang terlampau banyakla, dari zaman diploma lagi. Dikala aku sakit, Amir mungkin orang pertama yang aku cari selepas keluarga. Dia yang rajin hantar aku g klinik walaupun sebenarnya boleh je pergi sendiri. mengada lebih kan? haha. Syawal dengan Amir kenal dari zaman diploma lagi, dah nak masuk 8 tahun dah berkawan ni. 

Diploma part1, aku sebilik dengan Syawal, Syawal pulak satu kelas dengan Amir kat uitm. Amir pulak satu bilik dengan Redzuan kat uitm. Selalula melepak kat bilik Redzuan, that's the reason aku close dengan Amir ni jugak. Redzuan mula rapat sejak form4, sebab masa tu lelaki2 kat smktm semua dah pupus, bawak diri ke sekolah teknik masing2. Time ni la baru sedar kewujudan Redzuan, walaupun sekelas dengan dia sejak form1 lagi. Hasrul plak memang kawan rapat dari Form1, kawan gaduh, cikgu2 semua naik hangin ngan kitorang sebab selalu sangat bergaduh dalam kelas. Bukan bertumbuk, tapi mengacau je. 

Well, history remains. Maaf post kali ni a bit personal. Regardless what i wanna write, right? Maaf kalau terganggu dengan gambar2 yang agak mengganggu fikiran anda. haha. Tapi itulah, aku sebenarnya seorang yang ceria, bila kena dengan situasi dan orangnya. Tak ada istilah malu dengan mereka, pi lantak lah. Sebab aku sangat senang berkawan dengan mereka2 ni.

Dan bila dipikirkan balik dengan segala NASIB BAIK yang aku tulis kat atas tu, mungkin semua yang terjadi tu bukan kebetulan, tapi ketentuan dari Allah. Who knows? Mungkin takdir, kan? Sentiasa bersangka baik. Sentiasa bersyukur. Alhamdulillah :)

Maaflah baca benda merapu ni, but if kawan2 aku yang empat ni, Hasrul, Redzuan, Syawal, Amir baca, Aku sayang korang. Sentiasa saling doakan aku ya, moga persahabatan kita tidak terputus setakat di dunia. Korang tahu perangai aku, korang tahu perubahan aku, dan sekiranya nanti di Syurga kalau korang tak jumpa aku, carilah aku di Neraka, tariklah aku keluar dari Neraka untuk bersama kalian di Syurga.. Ya?

Heee. jom tidur. Assalamualaikum