Monday, March 24, 2014

Hidayah Milik Allah

Assalamualaikum.

Subhanallah, banyak betul dapat benefit dengar lectures Mufti Ismail Menk minggu ni. Boleh download kat sini http://www.muslimcentralmedia.com/ ada 6 tajuk dah, semuanya sangat2 berguna. Besok ada lagi, tapi kat Sabah. Mungkin boleh download dekat laman web yang sama.


Benar, hidayah milik Allah. Tugas kita, mengajak. Sabar walaupun ditolak. Ikutlah cara kita macamana nak mengajak, atau hanya memaklumkan, walaupun kita taknak / takdapat nak hadirkan diri dekat majlis2 ilmu ni. Maybe ada yg perasan, mungkin ada yg annoyed dengan apa yg aku post lately.

Bukan kejar likes favorite retweet semua tu eh. Selalunya aku akan maklumkan kalau ada majlis ilmu yang berdekatan, atau yang aku sendiri akan hadirkan diri. Seronok bila ada kawan yang join sekali. Alhamdulillah, ada yang sudi ikut sekali. 

Sebenarnya banyak pengajaran, kuliah, majlis ilmu ni. Paling senang, kuliah maghrib lepas solat maghrib. Biasanya mesti ada dekat setiap masjid. Apa yang aku nak share ni, dari iMuslim. Mungkin lately ada yang selalu nampak aku post berkaitan kelas dari iMuslim ni.





Sirah Night, kisah para nabi, dan Last Hour, kisah tentang hari kiamat, segala persediaan persiapkan diri, 2 kelas ni Selasa dengan Khamis, dah habis dah sejak bermula dari pertengahan tahun 2013. 




Sekarang ni baru seminggu diganti dengan Selasa kelas berkaitan Nabi Muhammad S.A.W, hari Rabu kelas mengaji khas untuk wanita, dan hari Khamis tafsir Al-Quran, last week baru mula tafsir Al-Fatihah, baru ayat pertama cover, Bismillahirrahmanirrahim. 

Sangat2 bermanfaat. Biasanya aku akan hadirkan diri untuk kelas Selasa dengan Khamis, tempat dia dekat dengan Masjid Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, dekat sangat. Sesiapa yang ada area2 situ, jomlah datang. Cuba tengok keadaan kelas kat gambar atas tu, cukup2 selesa untuk belajar. Tapi tempat ni belum siap sepenuhnya, kalau ada yang sudi Infak, sedekahlah kat iMuslim ni, supaya boleh kami ni terus belajar menuntut ilmu agama ni.

Dan minta maaf kalau ada yang annoyed everytime aku post benda ni. Maybe ada yang hide pun whatever i post. It's okay, tujuan aku just nak maklumkan je. Kot2 ada yang tergerak hati nak ikut sama, kot2 ada yang nak join sekali tapi segan sebenarnya, just send a message kat fb tuh. Maklumkan, kita boleh pergi sekali. takde hal punya. 

Dan Subhanallah, sebab apa tajuk hidayah milik Allah ni, sebab aku seronok tengok beberapa sahabat yang mula kembali kepada Islam, tengok dah rajin hadirkan diri ke majlis2 ilmu. Alhamdulillah, perubahan diri ni ada jugak terkesan pada kawan2 lain yang nak berubah. Nak maklumkan, kalau ada apa2 yang berkaitan, jangan malu2 tanya, bercerita, mungkin aku boleh sikit2 bagi nasihat, etc, tapi semuanya itu datang dari diri korang sendiri. Aku hanya cuba menyampaikan :)

Last sekali... maaf eh pada kaum hawa terutamanya. Nak kabor awal2, dan mungkin kena kasi faham, bila orang post benda2 berkaitan agama, benda2 baik ni, bukan dia desperate nak cari jodoh tau. Allah dah tetapkan jodoh untuk kita. Siapa? Allah sahaja tahu jawapannya. Sementara ada masa, berusaha untuk terus perbaiki diri  kita dan kerap berdoa padaNya.

" Sabar itu akan rasa kemanisan pada akhirnya " - baca Surah Yusuf, dimana kisah Nabi Yusuf disorok dalam perigi oleh adik beradiknya. Kesabaran ayah Nabi Yusuf, iaitu Nabi Ya'kub mengatasi segalanya. Jadi banyakkan bersabar. Maaf kalau ada tersalah kata, maaf kalau ada melukakan hati sesiapa. Kita hidup tak lama, perbaiki diri, sentiasa berfikiran positif dan bersangka baik, insyaallah tenang dan bahagia. 

Selamat Malam :) 


Post a Comment