Tuesday, March 18, 2014

Notes 2 Myself




Salam, just a quick updates. A quick reminder for myself, so i gotta write it down. Later, if rasa down lagi dengan diri sendiri, baca balik notes ni.

Past few days, weeks, jiwa ni ada rasa tak betul sket. Rasa kosong. Well, we human being not perfect aite? Ada masa imaan tu rasa tingggii bebenor, ada masa rasa rendaaaahh sangat. I've been far from Creator, Allah. But Alhamdulillah manage to get the five per day, done, walaupun tak berjemaah.

Aku masih seorang muslim yang masih belajar. Sometimes i get confused. Terbaca apa2 post, ada yang kata patut macam tu, patut macam ni, ini bid'ah, inilah, itulah. Kita muslim, berpegang pada Al-Quran dan As-Sunnah, dimana, kedua2 perkara tu masih dalam progress nak memahami. Makin belajar makin bodoh rasanya, sebab banyak sangat benda yang tak tahu!

Kalau ada yg rapat dengan aku pun tahu, aku memang banyak tanyanya, even perkara kecil sekalipun, berkaitan agama. Tapi bila aku yang ditanya, gelabah beb. Takut bagi info salah. And if you really don't know, as speaker from iMuslim said, " Just tell them you don't know " .




Eventually, aku ni jenis yang suka berkongsi. Kalau tak kongsi, rasa macam sesuatu terpendam dalam hati ni. Jadi bila bersendiri ni, with no one to talks to, tu yang dok meraban tweet, fb bagai. Aku akui, diri ni masih jauh lagi dengan Al-Quran dan Pencipta. Dengan keadaan kewangan semasa, keadaan perhubungan semasa, keadaan kesihatan semasa, keadaan kerja semasa, aku terfikir just nak ada seseorang untuk tempat mengadu, bercerita.

Mungkin aku berjauhan dengan Pencipta, yang membuatkan aku makin berjauhan dengan ciptaanNya. Aku tak selalu mengadu padaNya, aku mengadu pada sosial network, dimana ntah siapa pembacanya.




Cinta. semua orang tak lari dari perasaan dan lumrah untuk bercinta ni. Sebab mungkin aku dah tersangat sangat biasa dengan sesuatu yang namanya cinta, dengan orang orang sekeliling aku. Dan aku terfikir, "kenapa cinta aku tak nampak seindah sebahagia kawan2 aku eh?" they go for movies together, they fo for dinner together, they go to wedding together. awwhhh sweet gila! But then, aku terbaca satu quote ni.


" If you truly love him/her for the sake of Allah, you want to meet him/her in Jannah & you fear Allah, you will refrain yourself from contacting him/her " - Shaykh Daood Butt


Allahu... tertampar kat muka sendiri. Berkali2 baca, "Kalau benar cinta, mesti bawa ke syurga, apa apa yang membawa ke neraka, bukan cinta namanya" .. Seringkali lupa pada perkara ni. Dia mungkin sedang berusaha bersungguh2 untuk membawa aku ke Syurga, tapi apa yang aku lakukan? Sedikit sedikit menarik ke neraka. Ya Allah, hinanya aku. Maafkan aku. Akan sentiasa cuba perbaiki diri, InsyaAllah.

Ketentuan dari Allah tu cukup sempurna. Kita sebagai hambaNya, kena sentiasa berdoa dan mengadu padaNya sahaja. Sentiasa bersangka baik. Kalau marah dan benci, marah pada perbuatannya bukan pada orangnya. Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu datang dari diri kita sendiri.


"Kalau ini terbaik bagiku, Kau tetapkanlah, Kau permudahkanlah. Kalau ini buruk bagiku, Kau jauhikanlah, Kau hindarkanlah. Tetapkan aku dengan kebaikan, sebagaimana yang sepatutnya, dan Kau jadikanku meredhainya"

Perancangan banyak, masih cuba perbaiki dan akan terus perbaiki dan capai semua perancangan tu satu per satu, yang penting, perbaiki diri sendiri dulu sebelum nak perbaiki diri orang lain. Salam Maghrib :)

Post a Comment