Monday, March 24, 2014

Perancangan Ramadhan, Tahun 2014.

Assalamualaikum pada sesiapa yang baca blog post ni. Moga Allah sentiasa rahmati. Ramadhan, bulan yang dinanti2 oleh kebanyakan umat Islam seluruh dunia, sebab bulan ni bulan orang kata untuk kumpul pahala. 

Berpuasa bulan Ramadhan ni rahmat dari Allah. Bulan yang penuh baraqah, keberkatan, masa nilah kita dapat kekuatan berpuasa. Ada sesetengah negara yang berpuasa lebih dari negara kita yg dalam 13 jam. Ada yang hingga 16-18 jam menunggu masa berbuka. Tapi mereka kuat, kenapa? Sebab Allah bagi kekuatan pada kita, kita kuat masa tu. Cuba berpuasa bulan lain, tak nafi ada susahnya berbanding bulan Ramadhan. Lemah semacam.

So, apa planning korang untuk puasa tahun ni? Bagi yang baru berkahwin, 1st time la merasa issue2 berkaitan balik kampung bagai ya? Haha. Moga kalian jadi suami isteri yang baik kepada pasangan.

As for me, insyaallah akan cuba merealisasikan impian nak visit masjid2 seluruh dunia. Terjumpa apps ni, 'Malaysia Mosque' dan sekarang tengah sediakan list masjid2 yang insyaallah bakal aku kunjung sepanjang bulan Ramadhan tahun ni.


Itu yang sekarang ni tengah praktis datang ke pejabat sebelum 0730 pagi, sebab bulan puasa nanti nak tukar jadual kedatangan, nanti boleh balik pukul 4 petang. Jadi ada banyak masa untuk balik rumah, prepare everything untuk ke masjid2 tertentu. 

Sebabnya? Saja, nak tengok para jemaah kat tempat orang lain selain tempat sendiri. Berbuka, tarawih di tempat yang bermacam. Maybe hujung minggu, planning nak ke masjid negeri lain. Insyaallah. Sekarang ni buat simpanan sikit untuk merealisasikan impian sendiri ni. 

Kalau ada kawan yg nak join sekali pun terbaik. especially korang, the noobies. Buat masa sekarang, rancang dulu. Apa2 pun, Allah yang menentukan. Harap sempat jumpa Ramadhan tahun ni. Kerna sesungguhnya hambaMu ini tak pernah mempertingkatkan ibadah pada tahun2 lepas. Bagi aku, bulan Ramadhan ke bulan lain ke, sama je. takde terkesan di hati. 

Hm. Itu dulu. Moga kita diberi kesempatan masa, untuk sentiasa memperbaiki diri. Senyum, sentiasa berfikiran baik, insyaallah hati tenang. Ok jom tempuh jalan sesak hehe :) 

Post a Comment