Monday, April 14, 2014

Confused..

Assalamualaikum, actually masa taip blogpost ni, jam menunjukkan 5:18am. Yeap, tak tidur. Reason? sebab nak berjemaah subuh. Rasa macam dah laaaaamaaaaa sangat tak berjemaah kat masjid time subuh. Walaupun masjid depan rumah, walaupun ada bacaan Al-Quran dipasang pagi2, azan yang begitu kuat, alarm yang keep snooze, tak bangun2 jugak. End up mesti bangun dekat2 pukul 7. Rasa bersalah sangat kalau lambatkan solat sekarang ni. " You snooze, You lose ".. pokoknya sebenarnya pada diri sendiri. tak payah set alarm pun boleh terbangun. tapi, tulah.. still, dalam proses berusaha. Doakan :)


Confused. As a muslim yang kira baru nak mendekatkan diri dengan agama islam balik, aku baca, aku tengok banyak video2 ceramah yang orang share, post, youtube, livestream, mana2 jerlah. Ini sekadar beberapa contoh yang buat aku confused..

Video Ustaz Don yang pasal bani Ta Mim tu. Well, bila pertama kali dengar, macam, Wow jugaklah kan. hebat juga orang melayu. Tapi ada lately terbaca beberapa post yang berkata tentang dia, tentang salah bagi maklumat, etc. Bukan Ustaz Don je, Ustaz Abdullah Khairi, ada satu page fb ni yang selalu berbalah dengan dia, lagi... Mufti Ismail Menk? ada jugak video yang kata dia ni salah dan sebagainya. Dr Maza? lagilah.. 

Banyak lagi terma-terma yang aku tak faham lagi. Macam wahabi, ijmak, jumhur, salafi, mujtahid, dan banyak lagi..

Sampaikan, jujurnya, aku confused. Mana satu yang aku patut dengar ni? sampai takut nak dengar mana2 video, apatah lagi nak share ilmu yang dipelajari. Ada segelintir yang tahu, aku ni suka share bila belajar sesuatu benda yang kira baru untuk aku tu. Orang yg tak kuat imannya lagi ni, cepat down, takut bebenor kefahaman yg aku dapat tu, salah. 

Selagi berpegang pada Al-Quran dan As-Sunnah, maka takkan sesat lah seseorang tu. Mungkin sekarang ni kasi fokus lebih pada Al-Quran.. sabtu ahad ada kelas asas bacaan Al-Quran & tajwid kat Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan, khamis ada kelas tafsir Al-Quran, iMuslim oleh Ustaz Yusof Arbain, dan tambahan hari selasa ada kelas sirah nabawiyah, iMuslim. 

Aku rasa elok kasi perbetul yg Al-Quran ni dulu.. sambil2 fahamkan serba sikit yang lain.. kadang jadi down, sampai nak tinggalkan benda yang sepatutnya elok dibuat. Ingat balik rukun iman, rukun islam, and just try to be a good person. Bab nak kata itu salah, ini salah, bukan bidang aku tuh. '' kalau tak boleh buat semua, jangan tinggal semua "

Tolong, harap tak jadikan aku idola, atau tempat bertanyakan soalan2 berkaitan agama. Mostly jawapan yang akan korang terima, " tak tahu ", sebab aku sendiri masih belajar n sentiasa perbaiki diri. Aku perasan, ada yang jadikan inspirasi. tapi aku takut, sebab aku masih buat salah, aku masih lagi melakukan dosa. Nak lagi terang, tanyalah pada yang memang tinggi ilmu agamanya, ya?

" Senyum, sentiasa bersangka baik, Insyaallah tenang " - Adam Corrie
Ok dah subuh. Joms :)