Saturday, September 27, 2014

[17] Selamat Hari Lahir, Ayah.


Harini, aku biar gambar berbicara.
Selamat Hari Lahir, Ayah :)




[16] Dakwah Facebook

Tak releven. Maaf, tapi i hate facebook so much nowadays. Tapi terpaksa jugak guna a few times sebab 90% kawan kat friend list tu bukan kawan yang jumpa n contact selalu. Kawan sekadar ada. Ada yang main add, tak pernah bertegur pun. Sekadar kawan sama tempat kerja, sama tempat belajar, sama itu dan ini.

Dakwah kat fb ni bagus. Aku sendiri, siap buat page just untuk post berkaitan agama. Lepas post dalam beberapa bulan, aku teringat aku ada post sesuatu yang aku nak carik balik, couldn't find it. Takde archives. Paling baik kalau nak, tulis notes atau post melalui gambar, bubuh dalam album2 tertentu.

Satu yang aku tak gemar, i've spent so much time there! jadi busy, keep scrolling post orang lain sana sini, share gambar2 n post2 orang lain (lagi2 masa bulan Ramadhan lepas). Feeling 'you know someone will stalk n read it later' tu. Sibuk nak berdakwah untuk orang lain tapi diri sendiri? Tepuk dada tanya selera ;)

Keyword dalam berdakwah ni adalah "mengajak" , "invite". Itu je, don't think too much. Bukan aku sorang je, ramai kawan2 yang berdakwah kat fb ni. Alhamdulillah. Tapi aku percaya, orang yang suka nak menuntut ilmu ni tak spent 24/7 kat fb, kan? manage your time wisely okay ;)


" kalau orang tu post hal duniawi je, tak bermakna dia tinggalkan hal akhirat,
                                 kalau orang tu post hal akhirat je, tak bermakna dia tinggalkan hal duniawi "


"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan." -Hassan Al Basri- 

Thursday, September 25, 2014

[15] Perjanjian Aqabah

Selasa lepas, as usual kelas sirah Nabi Muhammad di iMuslim, bukit jelutong. Compare to last week, kali ni kelas agak ramai (last week cuti hari malaysia, selasa) so tak ramai datang. Ayat ustaz, " hari cuti, ibadah cuti, kelas cuti, solat cuti, baca Al-Quran cuti " terasa siot.

Iman tu tak akan sentiasa stay kat diri kita ni. Lagi2 aku yang kerdil ni. Lama mata ni tak menangis. It supposed to happened in this class.

The topic, perjanjian aqabah. Brothers next to me cried a lot. Dari 15 minit pertama sampai kelas dah nak habis. Andddd aku tak berani nak buat apa2, even tenangkan dia dengan sentuh bahu. Ustaz sendiri pun mengalirkan air mata.

Lelaki ni punya menangis bukan teriak, even dia menangis, dalam masa sama dia cuba tahan, geram, kecewa atau apa2 yang berkaitan dengan diri dia sendiri. Last menangis pun rasanya masa kursus kat Negeri 9 beberapa bulan lepas. time tu teriak abeh. takde cover langsung :p

Yang buat ramai orang sebak masa kelas tu, ayat ustaz, "masa kita dibangkitkan masa akhirat nanti, kita memang tak layak kalau nak compare dengan para nabi. dan cuba bayangkan kalau kita bangun bersebelahan dengan para sahabat pun, bertapa kerdilnya kita " sort of ayat dia. Iman kita kalau compare dengan para sahabat, memang tak dapat bandingkan.

Tepuk dada, tanya selera. Selamat dan teruskan beramal guys.

Tuesday, September 16, 2014

[14] Fun Run & Paksu

Fun run. Tujuan sebenarnya nak jumpa fitness instructor je. Nak discuss pasal kesihatan.

Tapi dia suruh datang sini, lari for fun. Even 5 km, it was obviously not fun for me. Mengah hoi! Tapi aku rasa ini permulaan yang baik.

Dari tengahari sampai ke petang, cari idea atau alasan untuk tak pergi ke putrajaya ni. Malas betuuullll. Tapi memandangkan esoknya, 16 Sept 2014 cuti sempena Hari Malaysia, alang2 lepas habis lari tu, balik ke Puchong terus, jumpa dengan anak2 buah. It's a good community, a lot of support, ini lebih kurang "usrah" ke arah fitness, so kalau kita down dengan kesihatan, ada yang support.

Kadang ada masa tu, rindu gila dengan anak2 buah ni. So straight from Putrajaya, terus balik Puchong. Having fun dengan anak2 buah yang 4 ni.

Empat weyh! Aku sedar aku bukanlah paksu yang best untuk anak2 buah aku ni. 26 tahun dah. Compare ngan pakcik aku yang melayan aku zaman aku kecik, sumpah fun. So i gotta do a lot of activities with this kids. Maybe hujung minggu ni nak bawak dorang g zoo negara kot? ke mana2 lah, just want to spend some times with them. Gotta go, chow!

Saturday, September 13, 2014

[13] Need You Now

Really need this job.
Akan cuba yang terbaik masa interview nanti. Tak kisah la diorang nak pakai berapa ramai, itu tak mematahkan semangat aku. Yang penting, datang temuduga.

1st time temuduga dengan SPA ni. Hopefully it turns out well. Sebenarnya nak permanent job je. Tak kisah kat mana pun. Plus, not really sure sambung kontrak ke tak Dis 2014 ni.

Bukan apa, chuak sebab kedatangan tahun 2014 ni tak berapa nak memberangsangkan. 15 hari amek cuti, 11 hari daripadanya Emergency Leave, dan 13 hari cuti sakit. Aku tak sedar, lepas dapat statistik baki cuti, baru tahu. Yeap, 2014 not a really good year for me. Dugaan sakit satu badan. Pray for me.

Monday, September 08, 2014

[12] High Blood Pressure

8/9/2014. MC lagi. Wah, 2014 ni banyak betul penyakit datang. Aku ingatkan darah tinggi dah tak ada. Dulu makan ubat dah reda, rupanya doc kata kena makan ubat tu selalu. Tak boleh stop dah. Makan untuk cegah penyakit susulan yang lain. Adeh.

It's true, tahun 2014 ni macam2 penyakit dapat. Tak jaga makan, kesihatan pun terabai. Dengan takdenya senaman ngan penjagaan makanan, semua benda aku bedal. Tak boleh jadi ni.

I miss being healthy.
I will get healthy.
I will gain my stamina back.
I will.
I will.
I will.

" Orang muda sekarang ni makan macam2, senanglah nak dapat penyakit macam2 " - Doktor Mansor.

[11] Scha, 5 Tahun

Farisya Amiera Hanis, ambik kau, nama dia. Turns 5 today. Anak buah ke-2.

5 Tahun? mak aih cepat benor.
Tak perasan bila dia membesar cepat cenggini.
10 tahun lagi dah remaja. Wahah!
Dengar 10 tahun macam lama je lagi.
Pejam celik pejam celik je.
10 tahun lepas, aku masih form 4.

Itulah kek Frozen dia.
Niat nak belikan dress "elsa" untuk dia, tak kesampaian plak hajat tu.

Tunggulah, next year.
Happy birthday 5, scha.

Monday, September 01, 2014

[10] New Leaf

Turn Over a New Leaf

  • To begin again, fresh, to reform and begin again.
  • To start behaving in a better way.
  • To start behaving in a different way.
  • Improvement in behaviour.
2014 banyak benda tak sihat pada diri ni. September, let's start getting back healthy. I can do this.