Saturday, September 27, 2014

[16] Dakwah Facebook

Tak releven. Maaf, tapi i hate facebook so much nowadays. Tapi terpaksa jugak guna a few times sebab 90% kawan kat friend list tu bukan kawan yang jumpa n contact selalu. Kawan sekadar ada. Ada yang main add, tak pernah bertegur pun. Sekadar kawan sama tempat kerja, sama tempat belajar, sama itu dan ini.

Dakwah kat fb ni bagus. Aku sendiri, siap buat page just untuk post berkaitan agama. Lepas post dalam beberapa bulan, aku teringat aku ada post sesuatu yang aku nak carik balik, couldn't find it. Takde archives. Paling baik kalau nak, tulis notes atau post melalui gambar, bubuh dalam album2 tertentu.

Satu yang aku tak gemar, i've spent so much time there! jadi busy, keep scrolling post orang lain sana sini, share gambar2 n post2 orang lain (lagi2 masa bulan Ramadhan lepas). Feeling 'you know someone will stalk n read it later' tu. Sibuk nak berdakwah untuk orang lain tapi diri sendiri? Tepuk dada tanya selera ;)

Keyword dalam berdakwah ni adalah "mengajak" , "invite". Itu je, don't think too much. Bukan aku sorang je, ramai kawan2 yang berdakwah kat fb ni. Alhamdulillah. Tapi aku percaya, orang yang suka nak menuntut ilmu ni tak spent 24/7 kat fb, kan? manage your time wisely okay ;)


" kalau orang tu post hal duniawi je, tak bermakna dia tinggalkan hal akhirat,
                                 kalau orang tu post hal akhirat je, tak bermakna dia tinggalkan hal duniawi "


"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan." -Hassan Al Basri- 
Post a Comment