Saturday, February 28, 2015

[23] Renal Calculus

http://en.wikipedia.org/wiki/Kidney_stone

Chinese New Year, 2015. Semua orang tengah bercuti bergembira, aku lain pulak ceritanya. It's around 11pm, Rabu, 18/02. Sakit belah kanan, pergh.. sakit gila bhai. Aku try makan ubat tahan sakit apa2 yang aku ada, try tidur. So,much,pain.

19/02
Around 4am, can't hold it anymore. call klinik ttdi yg selalu aku pergi, tanya bukak ke tak. takut public holiday ni cuti ke apa kan. dengan kesakitan yang tak tau nak gambarkan cemana, drive g klinik, tunggu 2,3 patient then baru giliran aku. Kebetulan doctor tu member aku plak, senang aku nak luah segala. suspek memang batu karang. kena inject tahan sakit tu, then balik makan ubat pecah batu and tahan sakit, but the pain still there. xleh buat apa, ubat paling mujarab time ni, tidor. sorang2 je kat medan time tu, so just text my mum, nak dia ada dekat ngan aku. dalam 8pagi camtu baru tertidur. mak aku pun sampai dalam 9 pagi dari puchong.legala sket mak ada. just makan ubat bila sakit tu datang. the pain was gone for several days.

21/02
Sabtu, sakit tu datang lagi. ubat tahan sakit pun tak membantu. tak tahan. nak g klinik mintak referral letter ke hospital. terus drive ke ppum, dalam maghrib time tu. terus ke bahagian kecemasan, tapi biasalah, tunggu nak jumpa doctor je dah berapa jam. selangor vs jdt. layan. sakit. bangun. berdiri. blurr. cepatlah nak jumpa doctor. then jumpa doc. tapi doc kata xde batu, dia kata maybe just muscle/ bone pain. heh? just to make sure, then buat blood / urine test. tu yang keluar selfie ni.

tapi nak nunggu result blood / urine test tu pun makan masa dalam 2/3 jam gak -_-.. macam biasa, ubat dia tidur. dengan slamba, aku g bawah tangga. cantik plak situ tempat cleaner punya barang2. siap ada kotak lapik bagai. memang tempat dorang tidur agaknya. aku baring, cuba tahan kesakitan n tidur. tertidur la jugak. sedar2 dah pukul 12 malam. no giliran aku belum dipanggil. dalam 1230 camtu baru dipanggil. and doc kata ada batu, sebab ada pendarahan pada air kencing. sooooo... kena la buat appointment untuk scan.

23/02
Isnin, g ppum dalam 9pagi camtu, nak buat appointment untuk scan. masa yang paling terdekat, 5 mac 2015, khamis minggu depannya. humang aih, aku da sakit melampau ni. balik ke pejabat, kecewa la tapi itu yang paling cepat..

24/02
Selasa, pagi tu sakit tu mencucuk2 sakitnya. Nak buat kerja pun payah. lantas aku tidur je kat pejabat tu. sampai ke tengahari camtu, nak hilangkan sakit punya pasal. Kebetulan nak turun lunch, amir call. ajak lunch, dia ada berdekatan area pejabat aku. apa lagi, lunch kat area bangsar tu naik kereta dia, then lepas lunch lepak kedai coffee, for dessert. time ni sakit dah kurang sket.


Balik ke pejabat, sakit tu datang lagi, kebetulan ada sahabat tanya pasal sakit ni semua, then dia suggest terus ke hospital swasta, kpj guna gl. apakebenda plak tu? dengan sesungguhnya dia ajar step by step, cite pasal gl tu semua. apply kat admin, and cakap nak secepat yg mungkin. terus siap. aku ingat nak pergi hari lain, tapi nak sihat punya pasal, balik kerja terus g kpj damansara.

As usual, jumpa doc bahagian kecemasan, then cakap apa yang sakit semua, dia suruh buat ct scan. tapi pueh ati, semua ni siap dalam 30minit. but then doc kata ada sys 6 inci. (apa benda plak ni?) aaiih mcm2 sakitnya. tapi dia suruh tunggu doctor pakar bahagian aku sakit tu. time ni tunggu dalam 2jam camtu la. sebab doc pakar tu dah balik time tu, dia datang balik. doc tu datang, cek ultrasound, memang ada batu. dia suruh aku admitted kat hospital. tak pasal2 tido hospital malam tu.


dapat bilik ber4. time tu ada 2 orang dah admitted. ada sorang chinese ngan sorang pakcik. aku dengan tak ready nak admiited ni, dengan baju kerjanya, battery phone da nak abeh, seawal 10malam dah tidur dah.

25/02


mak ngan abah datang. bawakla 2,3 helai baju untuk hari2 mendatang. time ni aku diberi ubat tahan sakit je. and setiap kali kencing, kena tapis, kot2 batu tu terkeluar ke apa ke. seharian ni dok makan tidur je. jalan2 sekitar hospital camtu.

26/02

masuk hari ke3, 2 malam dah kat sini. kakak 1st datang dengan anak2 buah. harini kena buat ultrasound dengan ct scan lagi. so kena puasa dari 7pagi sampai 2petang camtu. pagi2 6pagi camtu nurse dah ambik darah. fuh tak tau la berapa kali kena cucuk amek darah. letih wo! sehari ada dalam 3 kali gak nurse datang untuk cek bp & temperature, takut2 demam. 

results keluar, kedudukan batu still sama macam hari pertama aku kat sini. doc tanya decision aku. nak bedah ke or nak tunggu batu keluar sendiri ke cemana. don't care, nak sihat. terus aku sign segala surat2 kebenaran untuk buat surgery. so getting ready untuk surgery besok, 11pagi. 


akak belanja makan kat kafe hospital. belasah chicken chop lepas puasa half day. getting prepared for tomorrow surgery, aku banyakkan tidur je. banyakkan minum air. dalam nak sihat tu, chuak jugak masa doc explain apa akan jadi after surgery. kena pakai saluran lain la, kena makan antibiotic la, takut ada pendarahan dalaman later la. fuh chuak chuak. tup2, around 8malam camtu, batu tu keluar. doc still suruh tapis kencing sebab takut esok nak surgery batu dah takde. sebab xkan nak buat ct scan dengan surgery tiap2 hari. saiz batu tu ada la besar manik camtu. benda kecik, tapi caused so much pain. fuhh..

27/02


pagi2 doctor datang, tunjuk batu tu. and yes, doctor kata itulah batu nya. so surgery cancelled (alhamdulillah) but then kena buat final blood test , urine test sebelum balik.. yeay, last lunch. makan kat sini extremely sedap. nurse semua pun nice2, tempat pun selesa etc.


                                             



doctor kata tahap keasidan dalam darah, air kencing still tinggi. batu mungkin akan datang balik. batu lain la. so kena buat follow up lagi 2minggu kena datang jumpa doc. so dah kemas2 barang. around 4pm, jumaat dah time ni. settle up semua surat2, mc, bills. terkejut gak la tengok bil dia. dekat 5k wo.. kalau aku yg kena keluar duit sendiri, sanggup aku tunggu kat ppum tu walau lambat cemana. nasib semua ni pejabat aku yang tanggung. syukur sangat.

balik sendiri je merempit. hujan lebat plak tetiba en pepetang jumaat tu. redah je la. hospital ngan rumah takdela jauh mana. dalam 15 minit je sampai. isnin ni boleh kerja da. tapi kena banyak berehat.
that was it. ni kali ke2 dah jadi batu karang ni. it might happen again though.. just banyakkan minum air. 

what an experience. terima kasih pada yang datang visit, yang banyak membantu dalam segala proses ni. moga Allah balas jasa korang semua. i'm out.

Tuesday, February 03, 2015

[22] Nazirul Naim

Hari jumaat, 30 Januari 2015, aku takkan lupakan tarikh ni. Pemergian seorang sahabat, yang bernama Nazirul Naim, sebaya dengan aku. Dikhabarkan arwah ada darah tinggi, and jantung dia bengkak sebab 'bekerja' keras untuk salur darah ke seluruh badan.

Pagi tu dapat whatsapp group the noobies, dari Syawal kata Naim meninggal. time tu aku baru sampai office. Aku terkejut gila lah, sebab last Selasa arwah baru whatsapp aku, suruh kirim salam pada kawan2 yang ada dekat kelas, katanya tak dapat nak hadirkan diri, tak berapa sihat..

Kenal arwah ni dari roomate uitm jugak, Syawal. dari zaman diploma. Selalu jugaklah lepak bila free sebab rumah kitorang dekat2 je, area PJ. Tapi makin rapat tahun 2014, setiap selasa, arwah akan park moto dia dekat rumah aku, then kitorang pergi ke kelas sirah imuslim, kat bukit jelutong.



Gambar kat atas ni paling aku takkan lupa. time ni baru balik kelas sirah tu. biasanya kitorang takkan terus balik, kadang2 makan dulu memana. time ni kereta aku rosak, overheat. tapi sikap arwah yang memang melebihkan orang lain dari diri sendiri, dia yang call mana2 member dia, ingat nak tarik bawak balik rumah. last2 abang ipar aku datang, repair apa yang patut. Aku suruh dia balik dulu sebab dia ada hal katanya, xpe aku settlekan sendiri. tapi sanggup dia teman. susah dapat sahabat macam arwah ni. 



Sangat berhati2 dalam pemilihan kata2, selalu bagi motivasi and kata2 semangat. dia pun pakar kaunseling and orang kuat kat UM. gambar kat atas time raya tahun 2014, 1st day raya, aku tak kemana, sama la dengan syawal n arwah naim ni. Maklumlah orang kl, xde kampung. . kitorang beraya ke seremban, rumah kawan2 kitorang gak, yeyu.


Habis je beraya, kitorang shoot tengok wayang kat mid valley dengan baju melayu. epic. Aku selalunya tengok wayang sorang je, tapi tak tau plak arwah ni suka tengok wayang gak. so tahun lepas memang selalu lah berdua tengok wayang ngan arwah ni. bantai movie back to back, teenage mutant ninja turtle dengan into the storm. 

Yang paling aku takkan lupa, tahun lepas aku cuti dekat 2 bulan sebab tulang retak. berlaku lepas balik kelas sirah ngan dia. aku cadang nak g gold chilli kat ss15, tapi arwah teringin nak makan burger kat area umah aku tu. ada meatballs sekali. malam tu aku terseliuh, tak sangka sampai tulang retak. malam tu gak arwah ada bagitau yang jantung dia ada problem.

Sumpah aku rasa kehilangan. aku baca apa yang orang post dekat fb arwah. semua tulis benda yang baik2, arwah memang orang baik. sebagai anak sulung keluarga, dia banyak membantu adik2 dia. berat tanggungjawab arwah. Tapi aku rasa gembira, rasa tenang bila dapat tau jasa arwah pada kawan2 dan keluarga dia semua.. aku doakan yang baik2 je pada kau bro. Nazirul Naim, moga kau tenang di sana wahai sahabat, kau tunggu kami akan menyusul kemudian..



Notes ni aku jumpa kat fb arwah. dia tulis tahun 2010. tapi bila aku baca, seolah2 dia tulis untuk diri dia sendiri. harapan tuk sahabat2 arwah untuk terus berkawan dan tak sia2kan segala usaha yang dia dah buat dalam sebuah persahabatan. I miss you bro. Setiap kali solat aku ingat kat ko. Aku sentiasa doakan ko. InsyaAllah, kita jumpa balik di syurga suatu hari nanti :')