Tuesday, February 03, 2015

[22] Nazirul Naim

Hari jumaat, 30 Januari 2015, aku takkan lupakan tarikh ni. Pemergian seorang sahabat, yang bernama Nazirul Naim, sebaya dengan aku. Dikhabarkan arwah ada darah tinggi, and jantung dia bengkak sebab 'bekerja' keras untuk salur darah ke seluruh badan.

Pagi tu dapat whatsapp group the noobies, dari Syawal kata Naim meninggal. time tu aku baru sampai office. Aku terkejut gila lah, sebab last Selasa arwah baru whatsapp aku, suruh kirim salam pada kawan2 yang ada dekat kelas, katanya tak dapat nak hadirkan diri, tak berapa sihat..

Kenal arwah ni dari roomate uitm jugak, Syawal. dari zaman diploma. Selalu jugaklah lepak bila free sebab rumah kitorang dekat2 je, area PJ. Tapi makin rapat tahun 2014, setiap selasa, arwah akan park moto dia dekat rumah aku, then kitorang pergi ke kelas sirah imuslim, kat bukit jelutong.



Gambar kat atas ni paling aku takkan lupa. time ni baru balik kelas sirah tu. biasanya kitorang takkan terus balik, kadang2 makan dulu memana. time ni kereta aku rosak, overheat. tapi sikap arwah yang memang melebihkan orang lain dari diri sendiri, dia yang call mana2 member dia, ingat nak tarik bawak balik rumah. last2 abang ipar aku datang, repair apa yang patut. Aku suruh dia balik dulu sebab dia ada hal katanya, xpe aku settlekan sendiri. tapi sanggup dia teman. susah dapat sahabat macam arwah ni. 



Sangat berhati2 dalam pemilihan kata2, selalu bagi motivasi and kata2 semangat. dia pun pakar kaunseling and orang kuat kat UM. gambar kat atas time raya tahun 2014, 1st day raya, aku tak kemana, sama la dengan syawal n arwah naim ni. Maklumlah orang kl, xde kampung. . kitorang beraya ke seremban, rumah kawan2 kitorang gak, yeyu.


Habis je beraya, kitorang shoot tengok wayang kat mid valley dengan baju melayu. epic. Aku selalunya tengok wayang sorang je, tapi tak tau plak arwah ni suka tengok wayang gak. so tahun lepas memang selalu lah berdua tengok wayang ngan arwah ni. bantai movie back to back, teenage mutant ninja turtle dengan into the storm. 

Yang paling aku takkan lupa, tahun lepas aku cuti dekat 2 bulan sebab tulang retak. berlaku lepas balik kelas sirah ngan dia. aku cadang nak g gold chilli kat ss15, tapi arwah teringin nak makan burger kat area umah aku tu. ada meatballs sekali. malam tu aku terseliuh, tak sangka sampai tulang retak. malam tu gak arwah ada bagitau yang jantung dia ada problem.

Sumpah aku rasa kehilangan. aku baca apa yang orang post dekat fb arwah. semua tulis benda yang baik2, arwah memang orang baik. sebagai anak sulung keluarga, dia banyak membantu adik2 dia. berat tanggungjawab arwah. Tapi aku rasa gembira, rasa tenang bila dapat tau jasa arwah pada kawan2 dan keluarga dia semua.. aku doakan yang baik2 je pada kau bro. Nazirul Naim, moga kau tenang di sana wahai sahabat, kau tunggu kami akan menyusul kemudian..



Notes ni aku jumpa kat fb arwah. dia tulis tahun 2010. tapi bila aku baca, seolah2 dia tulis untuk diri dia sendiri. harapan tuk sahabat2 arwah untuk terus berkawan dan tak sia2kan segala usaha yang dia dah buat dalam sebuah persahabatan. I miss you bro. Setiap kali solat aku ingat kat ko. Aku sentiasa doakan ko. InsyaAllah, kita jumpa balik di syurga suatu hari nanti :')

Post a Comment