Tuesday, January 29, 2013

Kerja Part 2 - After SPM

2005 - 2006 - 17-18 tahun - After SPM



McDonald's dekat SS19, Subang Jaya. Thanks dekat sepupu aku, Abang Wan yang kenal dengan manager kat McD situ. Abang Wan pun ex mcd jugak, so dia kenal dengan manager tu. Ni first time kerja yang lepas isi borang, kena interview. Tapi takdela nak bertali leher, berkemeja bagai. pakai simple2 je haha.

So, nak dijadikan cerita, dekat setahun gak la aku kerja mcd sebab tak dapat tawaran masuk belajar untuk first intake. aku dapat panggilan masuk uitm untuk second intake. time tu baru resign. Disember 2005 - Disember 2006.

Kerja quiet fun, of course awal2 tu terkial2 gak la nak kenal product, cara nak masak burger2 tu semua. As usual, a few early days, cam biasa kena dok lobby, bersihkan tray, mop, sapu sampah..etc. Beberapa hari pastu barula kerja dekat bahagian kitchen. Lama gak la kerja kat bahagian ni.. sampai diberi kepercayaan, barula dapat dok kat kaunter tu.

Kaunter was okay, part paling best bila dengan regular customer, sampai dia tak payah order, kita dah tau apa benda yang dia nak beli. so, customer quite happy gak la dengan service kita ni. kan kan.

Around bulan 4 2006 ke camtu, Store manager tu tukar pergi store lain. so ada store manager yang lain. Dia nak wujudkan service McDelivery. aku la antara calon2 yang dipilih awal sebab aku datang kerja naik motor. Kebanyakan pekerja Mcd situ dorang stay area2 ss19 tu gak. aku je stay jauh sket, dengan member aku hasrul.

Huh, pengalaman jadi Rider Mcd ni banyak. best ada, tak best ada, sakit hati pun ada kadang2. accident tu memang perkara biasa la bagi rider2 ni. dengan ikut shortcut tah mana2, redah red light. Time tu mana wujud lagi google map bagai ni. Pakai peta manual je. area yang kitorang cover, usj 2, usj 3, ss19, ss18, ss17, ss15. Nak dikatakan gaji as rider ni lagi masyuk dari manager.


" kalau rumah korang area2 dalam map ni, maybe aku pernah hantar makanan kat rumah korang lol "


Zaman ni aku noob lagi. skema, baik gila budaknya lol. tak smoke walaupun diracun oleh rider2 lain. kahkah. Rider2 lain biasanya lepas hantar order, ada la yang mengulor makan cendol la, rojak la, sambil sap2 rokok bagai. kalaulah aku smoke zaman tu. pergh, rosak rosak. lol.

Dah 7,8 tahun dah aku tinggalkan kerja tu. ntah apa jadi kat memember. tapi through facebook, aku tau la ada yang getting married, ada yang dah beranak, ada yang tak kemana pun ada. macam aku. haha. Kerja Mcd ni, agak membantu aku dengan tak jadi penyegan dengan orang. 1st, communicate dengan kaunter -kitchen crew tu penting. 2nd, apa2 hal semua dengan manager semua kawtim, close n rapat gila, sampai ada pernah aaa sekali dok karaoke dengan dorang2 ni. tah dekat 6-8jam kot bersosial.

Lastly, communicate dengan customer. as a rider, kitorang dah kenal customer/ rumah mana yang kerek / selalu bagi tips, etc. sooo.. nak dijadikan cerita, aku pernah SMS customer, kacau dorang sampai dapat 1st warning letter. aku pun time tu noob lagi. ye laaa, dah customer tu order mcdelivery time bulan puasa. melayu lak tu. aku sms ah " ooo xpuasa yeee " bila customer tu dpt tau pekerja mcd yang hantar, abih aku kena soal siasat bagai. tapi manager2 / crew2 semua gelak kaw2 pasal incident tu..kih3. takpe, jadikan pengalaman.

Excident, pun adaa. yang paling best, ada sekali tu aku excident, and this young chinese lady, keluar terus dari kereta, bukannya nak tolong aku ke apa, tapi terus mintak IC, nak buat report polis. turns out, dia yang salah. memang dia salah pun, aku jalan lurus, dia masuk tah dari mana, terus pancung jalan aku. katanya " i thought u going to left too " eh? ada aku bagi signal ke? haa padan muka, kena bayar pampasan motor rosak, pastu siap kena bayar kat aku berapa ratus tah. rejeki. haha

Even lebih kurang setahun kerja kat sini, sempat la aku merasa pergi outing / family day la kononnya. 5 store mcd area subang pergi bercuti. crew mcd area lain jaga store kitorang. plannya nak merapatkan silaturrahim antara store2 ni, tapi akhirnya, semua store dok melepak, buat hal dengan store sendiri, masing2. owhhh time ni aku ada rakam video, ada lagi aku simpan. time tu ada video-cam pun dah macam gempak la kan? haha.. tahun 2006 kot! adalah sweet2 memory dengan kawan2 mcd masa tu, nyanyi2, menari2, borak2 tepi pantai. ish, rindu plak. upload kat youtube pun best kot video ni. HAHAHAHAHA

Pencapaian? takde la apa sangat pun. aku dapat beli 1st handphone sendiri. Nokia Sabun tu. 6600 kot? time tu pakai tu pun dah gempak. Plus, pasang astro yang package movie, zaman tu beratus kot. skang pun beratus gak. pasang streamyx, tu jerla. just bayar bulan2. gaji aku tak ke mana sangat, yela, makan pun free what mcd provide. kerja 4 jam jer, entitle satu set medium. tapi bila kitorang yang buat sendiri makanan tu, paham2 jerla berapa pelik punya product campur2 semua patties, sause, sesuka hati.

Kalau yang kerja kitchen tu, curi2 makan nugget. chicken deluxe patties, fries, ayam goreng sesuka hati tu benda biasa.. paling sedap sausage mcmuffin punya patties ya ampunnnn!!! Kalau yang kerja counter tu pun, ada je pandai seleweng. dah tau harga medium set tu kononnya 7.50, customer bagi rm10, dia dah ada duit 2.50 siap2 (bukan duit dalam cash register) . lagi2 cone ice cream rm1 tu, tah berapa banyak la bebudak ni buat duit haram tu. Rider pun apa kurangnya, isi minyak RM2, tapi claim RM5. pandai2 la korang.

And yang paling best segala benda2 yang dibuat kat counter, kitchen, delivery tu, semua aku pernah buat. jahat gila time tu. bebudak ni la ajar! paling xbest adalah dimana, aku tak tau la mana silapnya. ada order mcdelivery baru ( kat pc ) which is, aku kena assemble product tu n rider kena hantar. aku haritu bertugas as tukang siapkan order je. tapi turns out, aku kena buat product tu kat kitchen, masak, bungkus, pastu hantar dekat customer. time tu aku xtaw kemana semua crew2 ni pergi. few days after that, aku resign. boss besar yang pegang 25 store call aku, suruh datang mcd, explain, and manager bertugas time tu kena maki hamun. huuuhh seronok betul rasanya. rasa macam power gila time tu lol.

aku continue kerja, sampai la rider2 ni bukan under mcd lagi, under syarikat lain. aku kena kerja dekat mcd ss15, dekat area tailor colleague tu. tah berapa minggu je kerja dekat ss15 tu, dapatla tawaran masuk belaja kat uitm sri iskandar perak, kos akaun.

So, that's it. kalau nak cerita lagi boleh. panjang berela la bhai.. haha. skang ni mcd tu dah muflis, yang kat ss19 tu, skang jadi 99 speedmart. sebab muflis tu? kemungkinan besar dari kitorang jugak yang nakal2 remaja semua time tu. okbye.

Monday, January 28, 2013

Def for? Lose & Lose.

Nice try. Well, we were losing until they let me, AntiMage, Lifestealer and Destroyer fat.
Overconfident Radiant team. Bahahaha. Just see the item from time to time.












Sunday, January 06, 2013

Kerja Part 1 - Before SPM


Hey guys. Saje je ni. Since aku dah lama tak update and spend some times dengan blog aku ni, So.. here we goes. Aku nak bercerita sikit la pengalaman2 kerja yang aku pernah buat dari awal sampai la-ni (amboih, cakap kedah teghoih) kahkahh.. Saje nak imbau kenangan manis, kenangan lama, manalah tau kot2 lupa, boleh tengok balik nanti. hahaha.



2003 - 15 tahun - Lepas PMR

Aku kerja kat Pasaraya KK kat belakang area Taman Medan ni. Aku rasa ni la 1st time aku kerja. (rasanya la) . Kerja dia ada shift, kejap je pun. 5jam camtu rasanya. Kerja paling senang, tapi perlu banyak gakla tenaga time ni. Form 3 kot!

Senang je.. kerja aku stock up barang kasi penuh balik. time ni dah faham sistem FIFO (First in First out) . Dalam accounting, costing pun ada guna benda ni. which is, barang mana yang dah nak abeh, bila stock up baru, letak belakang2 (ikut expired date) . Yang paling cepat habis kat pasaraya tu.. cam biasa, beer. lagi2 jenama tiger dengan guinness. aku pun tak sure aku pegang tin dengan botol tu haram ke tak.

Plus pasaraya tu ada buat service print gambar. masa tu mana ada instagram fb bagai. paling pemes pon maybe friendster time tu. haha! so, print kodak-32 keping tu memang dah pro la. oh ya.. parut kelapa pun aku pro. paling best buat. customer pun suka bila aku yang perut. sebab kelapa dia putihhhh. tak parut sampai kena tempurung. yeargh!

Jadila, mop sapu lantai tu, bersihkan itu ini, susun barang2. pergh.. penat bak hang.tapi berbaloi, bayaran tak mahal pun, singgit setengah rasanya sejam. wakakakkaka! tapi ok la, aku dapat beli PS2 baru dekat sungei wang nun, dapat free 30 dvd games. pergh.. tu yang form 4 dengan form 5 aku hampeh. haha!!



2004 - 16 tahun - Form 4

Aku kerja dengan member aku punya pakcik. tak susah pun. cuma hantar brochure membeli pajak gadai / emas kat rumah2 orang. kebanyakan area2 flat, pangsapuri kat seluruh selangor ni aku pernah hantar.
Dia tak kira jam , asal settle hantar semua brochure yang pakcik member aku tu bagi, dapatla RM20 sehari.

Jadilah dari tak buat apa. aku ni bukan jenis yang boleh duduk diam sangat pun. time ni game pun dah jarang main rasanya. Pengalaman masa kerja ni tak banyak, sebab bukan kerja tiap hari. asal member tu panggil ikut sekali, pergi jela..

Yang aku tak leh lupa time ni, kena kejar dengan anjing. siap kena gigit. abeh seluar aku koyak. tu pengalaman paling ngeri la kalau dok hantar2 brochure ni. plus, takleh masuk apartment tu sebab guard kawal ketat kononnya. macam orang jahat je rasanya.


So.. tu je rasanya kerja yang aku buat masa before SPM, there's more.
kita continue Part 2 later okayh ;)

Wednesday, December 26, 2012

Games In Real Life : Fruit Ninja


This video just hilarious.
Fruit Ninja, antara game yang mesti ada dekat semua iDevices.
super simple, super awesome,
not boring play with it.

Tapi ni bukan game yang untuk kau main berjam2,
jadila sekadar masa tengah tunggu bas ke, naik lift ke, dan lain2.
haha. enjoy the video!


Tuesday, October 16, 2012

Thank You


Thank you, for all warm wishes from 
some social network for my birthday.

Appreciate it.
(even for the fake birthday wishes one )
:p

Thank you again.

This is from my mom, and 2 sister :)




Yang ni xtau la, dorang wish hari lain2.
btw, thanks jugak. doa semua tu. hehe


















Start sini yang real.. 1/10/2012.
termasuk topik ptptn :p







































Thank You
:)